Ahad, 2009 November 15

Salamualaikum semua sahabat dan rakan yang berkunjung ke sini...
Sebelum itu, saya ingin memohon jutaan kemaafan kepada semua kerana jika ada di antara kalian yang memasuki laman ini dan blog ini dalam keadaan bersepah kerana mungkin telah dimasuki oleh virus dan menyebabkan saya juga tidak dapat sign in ke dalam log sendiri.

*Segala kesulitan amat saya kesali.

Maaf.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Khamis, 2008 November 13

Selamat Bertugas Cikgu!!!


Salamualaikum....

Salam di kejauhan buat sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.
saya kini ditempatkan di SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah (JP SHAH) sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Tahun 2009, sememangnya menjanjikan seribu cabaran buat saya sebagai seorang guru Kaunseling. Selamat bertugas wahai guru, selamat menerima tanggung jawab sebagai seorang pendidik yang cemerlang dan profesional.

Salam perjuangan....

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Jumaat, 2008 Ogos 01

Menggamit Kenangan


Salamualaikum....Apa khabar semua pelawat dan rakan-rakan di luar sana?
Siti doakan semoga semuanya sihat-sihat selalau. Maafkan saya kerana sudah lama tidak menyampaikan sebarang cetusan idea mahupun pengalaman. Siti agak sibuk dengan urusan peribadi. Walaubagaimanapun, siti tidak akan lupakan sama sekali semua sahabat handai kesayangan siti. Salam rindu dikejauhan.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Selasa, 2008 April 22

PROGRAM KEM KEMBARA DIRI


Kem Kembara Diri merupakan satu pendekatan motivasi untuk membantu para pelajar yang terpilih meningkatkan motivasi diri sama ada untuk belajar mahupun berhadapan dengan cabaran dalam kehidupannya. Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan motivasi diri pelajar demi melahirkan modal insan yang cemerlang serta mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.
Harapan terhadap pelajar yang mengikuti Kem Kembara Diri ini agar mendapat suntikan semangat yang baru untuk belajar dan mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. Semoga, kem ini akan memberikan impak kepada para pelajar sama ada untuk jangka pendek mahupun untuk jangka panjang para pelajar. Jangka pendek pelajar termasuklah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Manakala, bagi kesan jangka panjang pula adalah untuk membentuk kesedaran membina masa hadapan yang cemerlang dalam aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) seterusnya melahirkan modal insan bertaraf global.
Seramai 55 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah menyertai kem ini dan dibantu oleh 8 orang fasilitator dari UIAM (Pahang). Program ini telah dijalankan dengan jayanya dengan bantuan warga SMK Tok Sera. Terima Kasih.

Sekian.

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

Selasa, 2008 Mac 04

Ceramah Kemahiran Belajar Ting.5


Para pelajar Tingkatan 5 sedang khusyuk mendengar ceramah Kemahiran Belajar yang memfokuskan aspek Gaya Belajar, Kemhairan Mengingat Berkesan, Kemahiran Mencatat Nota, Kemahiran Membaca Pantas dan Pengurusan Masa.

Sekian...

Selanjutnya ......

AddThis Social Bookmark Button

 

Powered by Blogger. AlKauthar created by © 2007 Feedget and Kelas-blog